Monday 29 June 2009

Kesan Dosa Dalam Hidup


Semakin banyak dosa dan risiko dosa-dosa yang dilakukan, kepekaan terhadap masalah dosa akan semakin ringan dan berkurangan. Akhirnya seseorang akan termasuk ke dalam kategori orang yang dalam hatinya hinggap atau bersarang penyakit "nifaq" (kemunafikan). Seperti yang pernah disampaikan sahabat Rasulullah SAW yang senior dan kenamaan, Abdullah Bin Mas'ud RA, bahawa orang munafik akan memandang remeh terhadap dosa, dia menganggapnya laksana lalat yang terbang sahaja. Sebaliknya orang mukmin akan melihat dosa bagaikan gunung yang akan jatuh menimpa dirinya.

Cuba bandingkan antara berat lalat dengan berat gunung. Demikianlah perbandingan sikap orang munafik dan sikap orang beriman terhadap dosa.


Karya: Ibnu Qayyim
Terjemahan: Ustaz Ahmad Asri Lubis
Penerbit: Anbakri Publika Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor
Harga: (Sem. Malaysia: RM 23.00, Sabah/ Sarawak: RM 26.00)

0 comments: